MAS – Saya Nak Cuti!

15 Jan

Hai Hai Hai semua apa khabar? Harap semua happy and walaowei intro sangat sopan? =,= Baiklah, tajuk entri ini sendiri dah cukup jelas menyatakan yang saya ini nak sangat pergi bercuti. Sungguh! Walaupun baru habis cuti sem. hehe. Di sana sini saya lihat ramai yang mula menulis karangan tak lebih 350 patah perkataan tentang destinasi percutian yang menjadi impian, termasuk saya. Okey awak pun boleh juga. Buat sekarang then hantar ke www.mastraveller.com

Kenapa? Banyak sebab best bila awak dah masuk website itu….pasti awak akan otomatik nak menaip demi percutian pilihan, semua free, siap jadi host percutian…fuh! best weh….kalau menang lah kan..kalau tak…its ok…bila menaip karangan untuk dihantar pun saya dah rasa macam di tempat percutian pilihan saya. Ini adalah 3 langkah mudah untuk menyertai peraduan best ini:

Seriously, saya nak bercuti ke Kota Kinabalu. Apesal tak nak pergi luar Malaysia Andy? Ok sila baca dengan bersungguh-sungguh karangan saya di bawah yang telah saya hantar ke mastraveller.com isnin yang lepas kot kalau tak silap :

“Saya sayang Malaysia, Kamu sayang Malaysia, Kita semua sayang Malaysia. Ya! Destinasi pilihan saya Kota Kinabalu, Malaysia!

Orang kata Gunung Kinabalu tertinggi di Malaysia, saya percaya. Orang kata di Kota Kinabalu banyak lokasi menarik untuk dilawati, saya betul-betul percaya! Tetapi sampai bila ‘kepercayaan’ ini akan terus bertahan tanpa menyaksikan realiti sebenar tempat tersebut?

Sejak kecil saya sudah mula mengharapkan impian bercuti ke Kota Kinabalu menjadi satu kenyataan. Walaupun destinasi impian hanya dalam Malaysia, saya percaya setiap memori yang tercipta tidak kira di mana kita berada, ianya pasti memberikan sejuta kenangan dan inspirasi sehingga ke akhir hayat.

Saya seorang yang ‘happy go lucky’ dan saya mahu semua ‘happy go lucky’ menyaksikan pengalaman saya jika mimpi ini menjadi kenyataan. Saya mencalonkan diri sendiri kerana saya yakin ini adalah peluang satu dalam sejuta yang tidak harus saya lepaskan. MAS, ‘Saya Nak Cuti’…hantarlah saya ke Kota Kinabalu Sabah bah MAS…”

p/s: Saya hanya mampu menghantar karangan itu sebab…fuh fuh fuh…punyalah saya pening bila nak taip karangan ditambah dengan kesibukan sem ini macam yiiiiii gilernye! hahaha…sebab kalau bahasa pasar sangat tidak kacak ye….nasib baik tidak lebih 350 patah perkataan. Jadi itulah yang terhasil…OK selamat mencuba to all of you my dear readers! 😉

Advertisements

13 Responses to “MAS – Saya Nak Cuti!”

  1. syamansors 15/01/2010 at 4:29 pm #

    cool! the contest n ur essay.
    350 rupenya not so long. padat n menarik.
    tapi ada sedikit kesalahan tatabahasa lepas tu kan struktur ayat cam tunggang tebalik sket dahla perbendaharaan kata macam ^%&@&
    haha ok ok joking only.

    good luck ye =)

  2. mybreakfastclub 15/01/2010 at 5:27 pm #

    sya…bm sy tidaklah hebat mana walaupun masa spm saya dpt A1 …rezeki kot. hahaha

    • syamansors 15/01/2010 at 6:25 pm #

      joking la….

      hopefully ada rezaki lagi.
      if dun live in Malaysia still can participate or not? pening baca terms & conditions dia yg over detail T_T

      • mybreakfastclub 15/01/2010 at 7:40 pm #

        jgn baca. hantar je karangan n pic u 🙂

  3. LittleMsAngel 15/01/2010 at 5:30 pm #

    semoga berjaya!

    • mybreakfastclub 15/01/2010 at 5:41 pm #

      tq 🙂

    • mybreakfastclub 17/01/2010 at 9:05 pm #

      wait n c

  4. awlane 17/01/2010 at 4:57 am #

    boleh saya ikut?

    • mybreakfastclub 17/01/2010 at 5:09 am #

      kamu kan pandai tulis karangannnnnnnnn. hehe

  5. mashii 21/01/2010 at 6:03 pm #

    waaa..saya pon syg malaysia juga!!!goodluck..sy pun dah hantar karangan saya..sama2 kita doa!!goodluck k!!

    • mybreakfastclub 21/01/2010 at 7:49 pm #

      yes! good luck to u 🙂

  6. dayana sTEADY IK2 14/02/2011 at 10:28 pm #

    kenape sy bace mcm x bestt je karangn ni….
    tpi dayana kalau bgy maRKAH ialah
    23 PER 30 -JNGN AMBIL HATI ini pendapat dayana

    -DAYANA AMERDA IK2-
    siti amirah dayana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: